Term & condition
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN. KUNJUNGAN ANDA
AMAT KAMI ALU ALUKAN
Perkara penting perlu difahami berkenaan
pengurusan Shafendi Collection
Perniagaan Online milik saya, Shah seorang surirumah sepenuh masa. Jadi selain
menguruskan perniagaan online ini, saya juga seorang pengurus rumahtangga. Oleh
itu, banyak masa saya, terpaksa dibahagi dua antara keluarga dan Shafendi
Collection. Saya ingin mengucapkan terima kasih bagi setiap pengunjung
yang bertandang. Namun, saya juga amat berharap, bagi setiap bakal pembeli anda
komited terhadap setiap oder anda mengikut tatacara yang kami tetapkan bagi
memudahkan urusan dan mengelakkan sebarang salah faham. Ini kerana kami amat
komited dengan setiap urusan yang kami terima.
POS
Semua harga
item TIDAK TERMASUK kos pos. Setiap khidmat pos adalah mengikut berat.
Sila klik
di sini untuk merujuk kepada Pos Malaysia. Kami hanya menggunakan
khidmat POSLAJU bagi urusan pos dalam negara dan POSLAJU / POS MALAYSIA
SURFACE @ AIRMAIL bagi urusan luar negara. Bagi khidmat Poslaju,
penghantaran adalah pada hari yang sama dengan tarikh pembayaran @ keesokan
harinyer. Bagi khidmat Pos Daftar, dua hari paling lambat diperlukan untuk
pengurusan logistik ke Pejabat Pos.
Jadi untuk setiap permintaan menggunakan Pos Daftar, sila
fahami bahawa kami tidak dapat ke Pejabat Pos pada hari yang sama dan bergantung
kepada keadaan kerana pihak pengurusan yang bertanggungjawab melakukan kerja ke
Pejabat Pos mempunyai kerja tetap dan kebiasaannya bertugas di luar kawasan.
Suka diingatkan juga, selepas urusan pos, kami tidak
bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan atau hal hal berkaitan dengan urusan
pos. Sila hubungi pos terdekat dengan anda menyemak status bungkusan anda, atau
hubungi talian 03-5569 1915 untuk urusan poslaju atau lawati
POS MALAYSIA
TRACKING SYSTEM. Sila isikan no rujukan yang akan diberikan kepada anda di
akhir transaksi.
BOOKING
PEMBELIAN INDIVIDU
Anda dibenarkan booking barangan di Shafendi Collection.
Setiap item dengan
deposit 50% dari nilai keseluruhan setelah oder disahkan dalam masa yang
disepakati antara Shafendi Collection & pembeli. Maksimum booking adalah 2
minggu dari tarikh pembayaran booking. Sila fahami, jika anda tidak
membuat pembayaran penuh dari tarikh tersebut, barang tersebut akan dijual
kepada pembeli lain yang berminat.
Pembatalan
booking hanya dalam masa 2 hari sahaja. Deposit tidak akan dipulangkan. Sila Sertakan no akaun anda di setiap transaksi dan detail
penuh seperti nama, no telefon dan item yang telah disahkan. Sila bertanggungjawab sepenuhnya untuk setiap
pembayaran kerana barang anda akan kami simpan mengikut perjanjian.
PEMBELIAN
BORONG
Anda tidak
dibenarkan membuat sebarang booking.
Pembayaran perlu
dibuat dalam masa 2 hari dari tarikh oder disahkan. Jika anda gagal, barangan
yang di booking akan dijual kembali tanpa notis. Harap memahami, setiap oder
adalah berharga bagi kami.
Sekiranya oder
anda tidak cukup @ anda ingin menambah oder pada stok berikutnya dengan cara
mengumpul oder bagi menjimatkan kos pos, setiap item yang telah disahkan,
anda perlu membayar jumlah yang penuh untuk item item tersebut.